Ahad, 22 Mac 2009

demi sesuap hembusan angin

Aku termenung sejenak sambil minum air orange 'oryginal' yang baru sahaja aku beli di sebuah kedai pak cik betul2 di belakang rumah ku...di sisi ku,terbaring seorang sahabat yang kelihatan lesu di buai angin-angin malam,udara ku yang semakin dingin menghambat naluri ku untuk bertanya 'bilakah aku akan menjumpai lagi hembusan kedinginan ini?'

Dengan sebuah cpu yang berwarna gelap dan sebuah kaca skrin yang agak usang dimamah usianya,akan tetapi masih mahu lagi menaburkan baktinya kepada si pemilik nya...dia di ibaratkan si hamba yang mahu berkhidmat kepada tuan nya sehingga ke akhir hayatnya...

Ingatan ku terperosok di sebuah kenangan,di saat sebelom mata ini di labuhkan,jiwaku bertanya,siapakah aku?bila aku dilahirkan?apa namaku?dan apa tujuan ku ke dunia?itulah kenangan seawal umurku di usia yang masih lagi rapuh yang belom kuat sokongnya.ketika di umur itu,aku sering bertanya sendirian pada diri ini akan tentang perihal diri ini...

Hembusan sang dingin menyedarkan ku dari lamunan,betapa aku adalah zarah-zarah yg halus berbanding zarah2 yg semakin lama semakin besar.aku juga pernah berasa janggal dengan soalan2 mistik ini.ku tinggalkan dengan penuh saratan yang tunggu masa ingin membolosi ruang dinding yg penuh dgn persoalan.

Iman dan kekuatan.itu yang berlegar di jari jemari ku.setiap apa yang ku rasa kan hari demi hari.adakah iman seseorang penghuni desa bumi ini akan sentiasa bertambah atau saban hari semakin kecil keleluasannya?tatkala kulit yg membaluti tulang dan daging ini sudah semakin kering dek tiupan angin yang amat dingin ini.aku bertanya diri ku,adakah diri ku ini mempunyai kekuatan iman???

Aku merasakan susahnya memndidik hati,sukarnya mentarbiyah jiwa dari belenggu dosa dosa kelmarin...dengan hati penuh dengan persoalan ini...aku cuba melelapkan mataku dan aku berharap..agar esok masih ada lagi hari hari untuk aku..